MJ12

MJ12

Wednesday, April 30, 2014

Pengalaman Di Rumah Lama Di Bukit Batok

Assalamua'laikum Abang KC & pendengar-pendengar MJ12,
 
Saya harap Abang KC dalam keadaan sihat & sejahtera. Nama saya Danish, dan saya adalah peminat setia MJ12. Saya seorang warga Singapura yang telah berpindah ke Gelang Patah, Johor. Pengalaman saya ini berlaku ketika saya tinggal di rumah kedua saya di Bukit Batok. Saya telah tinggal di Bukit Batok selama empat belas tahun, semenjak saya berusia tiga bulan.
 
Ia mula-mula berlaku ketika saya berusia sebelas tahun. Kami sekeluarga tidak merasakan apa-apa ketika tinggal di rumah itu sehingga adik saya mengalami sakit demam yang teruk. Suhu badannya sering naik sehingga hampir 40 darjah selsius walaupun kami telah menghantarnya berjumpa dengan doktor. Bukan saja demam tinggi, malah adik saya sering mengigau dan akan berjalan dalam tidur. Wajahnya seakan-akan seperti seekor monyet. Adik saya tidak akan berdiri dengan tegap dan akan menunjukkan giginya. Tetapi, kami sekeluarga tidak mengesyaki apa-apa. Beberapa hari setelah adik saya mengalami sakit demam, satu-persatu anggota keluarga saya termasuk saya akan jatuh sakit secara selang-seli. Setiap bulan pasti ada orang di dalam rumah akan mengalami sakit demam ataupun cirit-birit, sakit kepala yang teruk & sebagainya. Tetapi, keadaan adik saya yang paling teruk.
 
Saya juga sering merasakan bahawa ada seseorang yang akan memandang dan melihat saya dari belakang walaupun saya tahu, di belakang saya, tidak ada orang pun. Saya juga tidak berasa tenteram jika saya terjaga pada waktu malam ataupun ketika saya sedang mendengar MJ12. Kadangkala, kami akan berasa panas di rumah & kadangkala, barang akan hilang dan hanya akan dijumpai di tempat yang telah kami cari setelah ibu saya berleter. Nasi dan lauk-pauk juga senang basi, walaupun kami akan panaskan pada waktu pagi sebelum ke sekolah. Kami berasa aneh kerana sebelum ini, tidak pernah kejadian-kejadian ini berlaku.
 
Akhirnya, ketika saya berusia empat belas tahun, kami pun meminta tolong daripada seorang ustaz di Woodlands. Ustaz itu menyuruh saya dan adik saya menulis nama penuh, alamat dan nombor kad pengenalan. Ustaz itu menggunakan sesuatu yang berbentuk berlian akan membaca dan memegang benda itu ke arah kertas itu. Tiba-tiba, benda itu bergoyang-goyang apabila ustaz itu memegang benda itu ke arah alamat yang ditulis. Ustaz itu pun mengatakan bahawa ada sesuatu makhluk atau lembaga yang telah menetap dengan kami selama tiga tahun tanpa kami sedari. Semua yang berlaku selama tiga tahun itu adalah kerana angkara benda itu. Ustaz itu pun mengatakan bahawa benda itu telah duduk di bilik yang ada komputer. Saya terkejut kerana bilik yang ada komputer itu adalah bilik yang telah saya kongsi bersama adik saya. Setelah itu, barulah ibu dan adik saya ceritakan pengalaman mereka di rumah.
 
Ibu saya kadangkala akan tidur di bilik saya setelah pulang dari tempat tugas dan akan tidur sehingga ayah saya pulang pada sekitar jam 8 malam kerana berasa terlalu penat. Dia menceritakan bahawa dia merasakan kakinya disentuh beberapa kali, tetapi saya dan adik saya tidak berada dalam bilik. Adik saya pula menceritakan bahawa dia pernah ternampak sesuatu di bawah katil ketika bersolat jemaah dengan saya dan ayah dan semenjak itu, dia tidak mahu berdiri dekat dengan katil.
 
Tetapi, Alhamdulillah, dengan pertolongan ustaz itu, semuanya telah beransur pulih. Setelah sebulan dirawat, kami pun berpindah ke rumah yang baru di Jurong sebelum berpindah ke Johor.
 
Terima Kasih.
 
Yang Ikhlas,
Danish
 
TERIMA KASIH DANISH!!!

Kisah Orang Sebelah



Assalamualaikum DJ KC dan para pendengar Mister Jam 12, 

Saya Bobby dari Skudai, Johor Bahru. Saya ada sebuah cerita ringkas yang ingin dikongsi dengan KC dan para pendengar, walaupun kisah ini bukan saya yang alami tapi bagi saya, cubalah bayangkan kalau kita yang kena.

Kisah ini diceritakan oleh rakan saya ketika kami sedang menetap di asrama sekolah di Port Dickson. Memandangkan kami duduk di asrama, cerita hantu sajalah yang menjadi penglipur lara kami. Pada masa itu kami sedang bercerita tentang hantu, sedang kami bercerita seorang kawan saya mencelah dan menceritakan tentang cerita seram di salah sebuah asrama sekolah di Malaysia. Ceritanya berbunyi begini…

Ada sebuah asrama ni, pada minggu pelajar balik kampung, ada beberapa orang saja yang tinggal di dalam blok. Adalah seorang hamba Allah ni, yang tiada rezeki untuk balik ke kampung halaman, tinggal di dalam bilik/dorm seorang diri.

Dipendekkan cerita, pada malam kejadian, si hamba Allah ni sedang menggosok bajunya, tiba–tiba, pintu biliknya diketuk. Dia bertanya, "Siapa tu???” Kedengaran jawapannya, "Orang sebelah...” Si hamba Allah menjawab, "Sekejap ye...”

Jadi, si hamba Allah ni tertanya-tanya, “Eh, bilik sebelah ni ada yang tak balik ke???” Namun dia hanya anggap tiada apa-apa yang berlaku. Sedang dia tertanya-tanya, pintunya diketuk lagi dan dia bertanyakan siapa yang mengetuk, maka dijawabnya lagi, “orang sebelah”. Dan si hamba Allah ni menjawab “Kejap ye, tengah gosok baju...”

Selepas selesai menggosok baju, si hamba Allah ni terlelap dan terlupa pasal orang sebelah tadi. Dalam beberapa jam dia terlelap, dia terbangun kerana pintu biliknya diketuk. Si hamba Allah ni tanya dalam keadaan separuh sedar.

HAMBA ALLAH: Siapa tu???
YANG MENGETUK:  Orang sebelah...

Barulah dia ingat yang tadi ada orang memanggilnya. Lantas dia pun terus membuka pintu dan dia amatlah terperanjat bahawa orang yang mengetuk pintu tadi betul-betul “ORANG SEBELAH” (SEPARUH BADAN SAHAJA!!!).

Itu sahaja dari saya. Assalamualaikum.

Wa'alaikumussalam. Terima kasih Bobby!!!

La-O-Be



Assalammualaikum KC, 
 
Kak Sherry hendak berkongsi cerita seram berlaku sekitar tahun 80an. Masa itu kakak sekeluarga tinggal di rumah sewa di Aljunied Chap Lau. Tempat ni kalau beritahu pemandu teksi memang mereka tahu. Waktu itu kakak baru berusia sekitar 11 -12 tahun. Kami sekeluarga tinggal di tingkat 16 sebelah tangga hujung, sederet di hujung lagi satu ada sebuah keluarga, bapanya bernama Pak Atan. 
 
Rumahnya pada setiap malam ada saja tamu yang datang, saya hanya tahu dari orang2 tua yang bercakap bahawa Pak Atan ni bomoh, tapi dia bomoh baik, ubat2kan orang yang terkena sihir atau rasuk dan yang lain2. Pak Atan ada dua anak gadis dewasa, cantik2 kakak2 tu lagi2 Kak Maniseh, selalu saja tegur dan senyum2 dengan kami kalau terserempak. Kalau saya pulang rumah saya ada dua pilihan dari tingkat 14 lif henti saya terus pulang naik tangga hujung rumah saya atau naik tangga tengah dan lalu depan rumah Pak Atan. Saya selalu naik tangga tengah, kalau pulang malam selepas ngaji pun selalu bersama adik2 dan kawan2 jalan naik tangga tengah. Kadangkala kalau lalu rumah Pak Atan kami akan kedengaran lagu La-O-Be dari pita kaset dan akan kedengaran suara Kak Maniseh menyanyi, di biliknya yang menghadap koridor. Kadang2 budak2 nakal ni akan mengintai Kak Maniseh nyanyi sambil berjoget-joget. Tahu2lah dulu tingkap rumah jenis besi yang mudah diumpil dari luar.

Ceritanya begini, satu hari tu kecoh dibuatnya pada waktu malam. Kak Maniseh terpekik2, dia koyak2kan bajunya dan rebangkan rambutnya, diri di depan rumahnya dan mengilai. Kami jiran tetangga semua keluar dan menyaksikannya. Pak Atan ambil kain dan baca2 (saya tak tahu apa yang dibacanya), dia serkupkan kain itu pada Kak Maniseh, dan dia terus rebah. Itulah kali terakhir kami nampak Kak Maniseh di luar rumah. Mulalah kami dengar cerita dari ibu bapa dan makcik pakcik jiran tertangga bahawa Kak Maniseh terkena buatan orang akibat dendam bomoh lain pada Pak Atan yang selalu rawat mangsa bomoh itu. 
 
Kadang2 bila lalu rumah Pak Atan kami dengar suara Kak Maniseh menangis, meratap, mengilai dan kadangkala bertutur dengan suara yang garau. Kadang2 bila lalu, kami terperanjat Kak Maniseh akan menerjah kami dengan suara yang garau dan kuat, "Hoi!!! Budak2 sini!!!" dengan tangannya cuba hendak menangkap kami dari tingkapnya. Kami jadi takut. Satu ketika, kami pulang malam selepas mengaji, kami degil, ibu bapa kata jangan lalu sana lagi, tapi kami ni nakal nak tahu. Lagu "La-O-Be" tu diputarkan, kawan saya Enon berkata, "Ehh nak tengok tak Kak Maniseh sedang buat apa, joget2 tak agaknya dah sembuh..." 
 
Kami berhenti di luar koridor bilik Kak Maniseh, Tiba2 kami terdengar suara orang menyanyi lagu itu tapi suaranya garau dan seram. Saya dah mula takut, saya ajak adik2 pulang, tapi kawan saya Enon ni nak lihat jugak. Enon pun mengintai tapi terpekik bila Kak Maniseh yang ada di tingkap mencekik leher Enon, Kami semua turut pekik. Pak Atan datang dan menarik Kak Maniseh dari mencekik kawan saya. Pak Atan minta maaf pada ibu bapa Enon, dan mulai hari itu Kak Maniseh diikat. Kami akan tetap dengar Kak Maniseh menangis, mengilai dan menyanyi lagu kegemarannya. 
 
Lama Kak Maniseh sakit hingga satu hari saya pulang rumah dan lihat ramai orang dan jiran dan ibu saya pergi ke rumah Pak Atan. Pulangnya ibu, memberitahu bahawa Kak Maniseh dah meninggal dunia. Dia dibuat orang hingga meninggal dan bapanya Pak Atan seorang bomoh pun tak dapat membantu anaknya. Beberapa bulan kemudian Pak Atan dan keluarganya pindah keluar, kami tak diberitahu ke mana dia pindah. Tapi semenjak rumah itu kosong kadang2 seperti kedengaran suara Kak Maniseh menyanyi lagu La-O-Be dengan suara yang garau seram (tidak serancak lagu aslinya. Perlahan dan menakutkan). 
 
Satu hari budak2 nakal lempar guli dalam rumah kosong itu, Guli itu dilempar keluar semula, Terpekik2 budak2 tu, bapa saya keluar dan marah mereka suruh pulang. Selepas itu ada juga keluarga yang pindah ke rumah itu tapi tak lama mereka keluar. Bila bapa saya dapat rumah kami pun berpindah dan tak tahu pun apa terjadi pada rumah itu. Tapi yang saya fobia selalu ialah lagu "La-O-Be" hingga saat ini.
 
TERIMA KASIH KAK SHERRY!!!

Lelaman Blog Rasmi Misteri Jam 12™

Lelaman ini merupakan lelaman blog rasmi Misteri Jam 12™ kelolaan DJ KC™ di RIA 89.7FM. Semoga para pendengar akan sentiasa mengunjungi lelaman ini dari masa ke semasa untuk membaca dan menghayati kisah-kisah, melihat gambar-gambar, mendengar klip-klip audio dan menonton klip-klip video misteri yang diketengahkan dalam rancangan Misteri Jam 12™...

DISCLAIMER!!!

Kisah-kisah yang diketengahkan di dalam rancangan Misteri Jam 12 dan juga di dalam blog rasmi ini, anggaplah ia sebagai satu hiburan. Tidak ada sebarang bukti yang boleh mengesahkan kebenarannya. Jangan mudah percaya dan jangan terlalu taksub dengan apa yang kami ketengahkan kerana apa yang disampaikan adalah pengalaman individu-individu yang berbeza-beza dan mungkin ditokok-tambah...

HARAP MAKLUM!!!

Misteri Jam 12™ bersama DJ KC™

Sekiranya anda minat dengan dunia mistik dan makhluk halus anda harus mendengar MISTERI JAM 12™ bersama DJ KC™ di RIA 89.7FM setiap hari ISnin hingga Jumaat jam 12 tengah malam!!!
SMS pendapat / kisah-kisah anda di RIA 89.7FM:
Taip "klub" jarak, "kisah / pendapat anda" jarak, "nama anda" dan hantarkan ke 72346
Setiap SMS berharga 30sen. Khidmat ini dibawakan untuk anda oleh Mediacorp Pte Ltd

Ataupun berkongsi secara live menerusi nombor hotline 66911897.

Sekiranya anda mempunyai kisah-kisah yang panjang atau gambar-gambar misteri, sila emel kepada KC dimisterijam12@gmail.com.
Kisah-kisah dalam blog ini dan yang anda dengar di Ria 89.7FM dalam rancangan Misteri Jam 12™,
tidak ada sesiapa yang boleh mengesahkan kebenarannya...

Saka Nenek Masih Mengganggu



Assalamualaikum Wr Wb kepada DJ bertugas, 

Nama saya Ellah. Memang banyak kisah hantu dan misteri kalau nak diikutkan, tapi saya akan cerita pengalaman yang pertama bila saya diberitahu bahawa saya didampingi sesuatu. Kisahnya begini.

Beberapa tahun lepas, saya telah pergi bercuti ke salah sebuah pulau di Asia Tenggara ini dengan tiga orang teman saya. Semasa berada di sana, ada juga perkara yang aneh dan pelik berlaku tapi, kami tidak hiraukan sangat. Maklumlah, "benda-benda" ni di merata tempat, dalam dan luar negeri jadi tak payahlah nak dikhuatirkan sangat. Saya mengaku, sebelum perkara ini, saya ni memang tak berani tapi saya juga tak kuasa dengan perkara pelik ini semua. Pada saya, mereka wujud; hanya mereka ghaib. Dan benda-benda yang ghaib ni, tak usahlah kita fikirkan melebih-lebih. Jadi sepulangnya saya dan rakan-rakan ke Singapura, saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Seperti saya sering merasakan bahawa saya diekori seseorang, atau lebih tepat lagi sesuatu. Dah namanya ghaib, saya pusing lihat kiri, kanan, depan dan belakang, memanglah tak nampak apa-apa. Tapi rasa seram itu masih ada. 
 
Satu hari, dengan izin Allah, saya bertemu dengan seorang pakar kerana saya pernah meluahkan hasrat kepada seorang rakan saya tentang perasaan yang tak enak ini. Alhamdulillah, saya berkenalan dengan pakar ini (Pakar A) dan pergi berkonsultasi dengannya. Alangkah terperanjatnya saya bila dia keluarkan sesuatu dari badan saya dan pindahkan ke badan seorang pakar lagi satu (Pakar B) untuk soal-siasat. Kenangkan balik, perasaan takut dan gementar ada dalam hati kerana dalam kepala saya, saya bertanya: "Apa benda ni?? Ni buat-buat ke betul?" Saya begitu sangsi dan ragu-ragu. Seperti mana saya katakan awal tadi, saya memang tak kuasa dengan benda macam ini. Suka dengar cerita-cerita hantu bila kawan-kawan berkongsi dan ada juga ikut kawan kawan yang lain pergi "adventure". Tetapi setakat itu sahaja. 

Balik kepada cerita, saya disuruh tanya soalan kepada jin ini yang sedang berada dalam jasad Pakar B. Jadi saya tanyalah, kenapa dia ada dalam badan saya, apa dia nak, dan lain-lain soalan umum. Oh, sebelum saya lupa, sebelum dimasukkan jin kepada badan pakar B ini, pakar B memang orang yang badannya tegap dan segak tetapi setelah jin itu masuk ke dalam tubuh Pakar B, Pakar B terus menjadi lemah longlai dan seperti orang tua. Saya rasa pakar A tu tak sabar dengan saya lalu dia bertanya kepada jin. Siapakah dia dan siapa menghantarnya. Apa urusan dia dengan saya. 

Alangkah terperanjatnya apabila Jin tu menjawab bahawa dia adalah saka dari arwah nenek saya. Dipendekkan cerita, setelah mendapat tahu tentang hal ini, saya ada menyelidik latar belakang keluarga saya kerana saya diberitahu bahawa saka ni sebenarnya jin yang turun-temurun oleh ahli keluarga. Wallahua'lam. Rupa-rupanya, bukan ada satu sahaja tetapi ada dalam kurang lebih tiga jin dalam badan saya ketika itu. 

Perkara ini buat saya runsing, buat saya terfikir. Mungkin sebab itu, saya dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib terutama sekali bila saya sendiri, saya akan menangis teresak-esak kadang-kadang dengan tanpa sebab, saya akan mendapat mimpi-mimpi pelik. Apabila saya membaca tentang tanda-tanda orang yang di dalam badannya ada Jin, saya terperanjat dan rasa cuak. 

Sampai ke hari ini, saya dimaklumkan bahawa saka arwah nenek masih ada dengan saya dan akan sering mengganggu saya kalau saya tidak memberi kata putus yang saya akan pelihara saka ini. Saya dah tekad. Saya tak akan pernah ambil benda ni. Sepertimana yang diberi kepada nenek saya dahulu tanpa pengetahuan nya, dan seperti mana dia mengganggu nenek semasa nenek masih hidup kerana nenek juga tidak mahukannya, begitulah yang akan saya lakukan dan lalui. 

Dalam mimpi, banyak kali "dia" menjelma. Saya tahu itu dia kerana dia marah-marah dengan saya dan dia juga pernah memberi amaran yang dia akan tetap membuat kacau-bilau dalam kehidupan saya. Tapi saya tak hiraukan. 

Memang saya tak salahkan semua yang mendengar termasuk KC (atau DJ yang tertugas) kalau rasa cerita saya ni dongeng. Saya sendiri rasakan benda ni dongeng, tapi, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tapi yang sememangnya benar, tetap akan jadi benar dan yang bathil itu pasti suatu hari akan musnah. Yang penting, hati ingat pada pencipta kita dan dengan izinnya juga, hidup kita lebih diberkati. Amin, InsyaAllah. 

Selamat malam dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengetengahkan cerita saya ini. 

TERIMA KASIH ELLAH!!!

MAK KAKAK BUKAN BOMOH TAPI....!

Apa khabar KC dan semua penggemar rancangan Misteri Jam12.
Nama kakak, Hajah Kamariah dan kakak adalah peminat rancangan MJ12 dari Muar, Johor.
Kisah yang kakak nak ceritakan tentang kakak dan suami sering di ganggu pada waktu malam dengan kehadiran Arwah mak yang sudah meninggal dunia kurang 2 bulan.

Ketika hidup mak kakak suka melakukan perkara-perkara yang salah dari segi akidah Islam.
Mak kakak bukanlah bomoh atau tukang obat. Tapi sekali-sekala akan ada orang-orang datang jumpa dengan arwah untuk minta pertolongan secara batin ataupun halus. Setiap hari Khamis malam Jumaat dia akan mengasap seluruh rumah dengan asap kemenyan dan kadang kala dia juga akan menggunakan penyembuh untuk sembuh air bunga cempaka dalam rumah yang kami tinggal. Biliknya setiasa wangi tapi wangian yang digunakan adalah bunga cempaka dan pacai. Kadang kala kakak rasa takut nak duduk rumah seorang diri walaupun waktu petang.

Ketika arwah mak nak menghembuskan nafas terakhir dia mempunyai beberapa kesulitan dimana tak perlulah kakak ceritakan. Tapi selama lebih kurang 33 hari dia terlantar di katil dan tidak bermaya. Dia juga tidak suka lampu bilik dinyalakan sebab katanya silau. Waktu malam kakak dan suami akan dengar dia berkata kepada sesuatu "Tolong jangan ganggu aku, dah lama aku jaga kau. Aku sakit tak boleh kasi kau makan!!" kemudian diikuti dengan suara dia menangis. Dalam 33 hari itulah banyak gangguan berlaku, antaranya beberapa kali pada waktu maghrib kakak kalau lalu depan bilik mak yang tengah baring di katil akan ternampak seperti susuk tubuh 3 perempuan berambut panjang sedang duduk di hujung katil sambil badan membongkok seolah-olah sedang hisap ibu jari mak kakak "Sudahlah jangan hisap darah aku lagi, aku nak mati ni" "Tolong... tolong...." katanya dengan suara yang sayu.

KC setelah kakak dan suami mendapatkan khidmat seorang Imam untuk membantu mak kakak, "benda" itu makin berleluasa. Kadang kala waktu malam akan dengar bunyi orang cakar dinding rumah dan bunyi burung hantu dalam rumah! Suami pernah nampak ada mahluk hitam merangkak keluar dari bilik arwah mak. Dengan izinnya dan bantuan Imam Ismail alhamdulillah rumah sekarang dah bersih.

Terima kasih KC.

St John's Island

Salam KC dan pendengar MJ12,

Nama saya Syed bukan nama sebenar. Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sewaktu saya, kawan-kawan sedarjah dan guru kami berkhemah di Pulau Sekijang Bendera (St John's Island). Kami menginap di sebuah rumah yang tidak berkerusi meja. Yang ada hanyalah beberapa katil bertingkat yang berderetan dan sebuah kipas angin berdiri. Pada malam pertama, kami tidur awal-awal lagi kerana kepenatan. Pada kira kira 2.30 pagi, kami tersentak dan terus terbangun apabila mendengar suara orang menjerit.

Yati, salah seorang rakan kami, sedang memandang ke arah salah sebuah tingkap yang ternganga luas. Mukanya pucat lesi, seperti orang dalam ketakutan. Saya dan rakan-rakan cuba menenangkannya. Beberapa minit kemudian, Yati menceritakan bahawa dia ternampak satu lembaga berambut panjang dengan anggota dan pakaian berwarna putih sambil melambai-lambaikan tangannya. Menurut Yati, dia menjerit sekuat hatinya apabila lembaga itu mengilai sebelum meghilang.

Saya cuba meyakinkan Yati bahawa apa yang dialaminya itu hanyalah satu mimpi atau imaginasinya sahaja, kerana saya memang tidak percaya dengan hantu atau apa bentuk tahyul sekalipun. Tetapi Yati tetap mendakwa apa yang dilihatnya benar-benar berlaku. Pada keesokan malamnya, sebelum tidur, saya telah menutup semua tingkap dan pintu memandangkan cuaca begitu sejuk sekali. Belum pun sempat dibuai mimpi, saya terjaga kerana terasa begitu sejuk hinggkan seluruh badan saya menggigil.

Saya melirikkan mata ke arah tingkap dan pintu; semuanya terkunci rapi. Tetapi apabila mata saya memandang ke arah kipas angin di situ, hati saya tersentak apabila terpandang seorang tua sedang berdiri tegak - betul-betul di tempat kipas angin itu. Orang tua itu seperti meniup-niup dan memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan - sama seperti kipas angin lagaknya.

Apakah kipas angin itu telah menjelma sebagai lembaga tua apabila malam menjelma? Hati saya bertanya sendiri. Saya dapat merasakan tiupannya itu dengan jelas, walaupun saya berjauhan daripadanya. Kerana terlalu takut, saya memaksa diri saya tidur.

Pada keesokan paginya, saya menceritakan kejadian tersebut pada guru saya. Anehnya, bukan saya seorang sahaja yang telah melihat lembaga wanita tua itu, malah guru saya juga. Kerana tidak mahu kejadian aneh itu berulang, kami pun berkemas pulang ke tanah besar Singapura pada saat itu jugak.
TERIMA KASIH SYED!!!

KISAH MISTERI DI KOTA BAHARU

Assalamulaikum kc dan selamat malam saya di sini bernama sairol yang berasal dari kota bharu, kelantan saya ada pengalaman ingin ketengahkan oleh pendengar ria peristiwa yang menyeramkan dalam hidup saya waktu saya baru pulang lewat malam.

saya di ganggu pada malam jumaat yang lalu kira-kira jam menunjukkan pukul 12 malam saya baru pulang dari kerja dengan menaiki motorsikal saya ada perasan seperti ada kain putih sedang berdiri sebelah saya seperti mengekori saya pun tak fikir kan apa-apa saya teruskan perjalanan hendak pulang ke rumah apabila saya sampai rumah membawa barang-barang di belakang box motor saya dan terus masuk kunci pendua saya ada bawa dalam kocek seluar saya ke rumah tak memberi salam kc terlalu penat sangat kc mereka semua dah tidur saya malas nak ganggu mereka yang sedang tidur.

saya masuk dalam bilik saya dan barang-barang saya letak ke atas meja saya buka tingkap biasa lah kc saya tidur tak buka kipas saya hanya buka tingkap seluas-luasnya dan tidak pakai baju rumah saya adalah rumah kampung rumah sejenis kayu dekat dengan kawasan pantai malam-malam selalu je berangin sebab tu saya selalu buka tingkap saya pun masuk tidur dan tutup lampu setelah melelapkan mata tiba-tiba saya kedengaran barang saya di atas meja terjatuh saya sedarkan diri saya fikirkan mungkin tikus. rumah saya ni banyak tikus. dalam berapa minit bunyi lagi barang-barang di bilik saya terjatuh apabila saya bangun dari tidur saya tak nampak dengan jelas di dalam gelap saya ingat pencuri memang kampung saya banyak kes curi kc mata saya separuh mengantuk dan menyahut hoi.. kau buat apa tu sepertinya orang tak begerak kc kalau pencuri dah tentu lari sepantas kilat dari tingkap saya pun mula beranikan diri dengan suluh lampu picit saya.

kc apa saya nampak tu bukan manusia kc perasaan sangat berani dah bertukar menjadi ketakutan apa yang saya suluh adalah mahkluk pocong kc astafiruallah kc muka dia sangat seram kc, kc boleh bayangkan wajahnya hitam belenggan kulit berkelopak matanya merah kc saya pun mula membaca ayatul kursi 3 kali setelah makhluk tu hilang saya pun tutup tingkap dan pasang kipas mungkin awal tadi saya perhatikan benda tu masuk rumah lupa beri salam lupa cuci kaki dan basuh badan saya ni penat sangat kc terus masuk tidur. sekian terima kasih kerana kc ketengahkan pengalaman di udara ria.

Terima kasih Zul Aguero (Kota Bharu)

HANTU DI ASRAMA

Assallamualaikum KC,

Saya Tipah tinggal di Kuching,Sarawak.Saya ingin berkongsi pengalaman
tentang kejadian yang berlaku kepada saya dan rakan-rakan saya di
asrama pada tahun 2010.Saya masih ingat lagi kejadian berlaku sewaktu
perayaan tahun baru cina.Pada malam itu,hanya beberapa orang sahaja di
asrama kerana semua pelajar yang tinggal berdekatan pulang ke rumah
masing-masing yang tinggal hanyalah pelajar-pelajar jauh.Pada masa itu
KC bilangan kami yang berada di dalam bilik saya hanyalah dalam
lingkungan enam orang,kami pada masa itu membuat hal
masing-masing.Tambahan pula,malam itu kebanyakan pelajar di dalam
asrama keluar untuk membuat aktiviti masing-masing hanya kami sahaja
yang tinggal.


Semua kawan saya membuat kerja masing di tengah-tengah
lantai termasuk saya sekali iaitu pada jam 12.00 malam.Saya masih
ingat lagi kc kawan saya(nama dirahsiakan)menegur saya 


"Tipah kau tak
rasa ke apa yang aku rasa?",saya pun bingung lalu menjawab "apa yang
nak aku rasa lagipun biasa je".kawan saya menjawap 'kau tak rasa ke
macam ada orang berlari dekat atas aihh kuat betul bunyi dia takkan
kau tak dengar?".Pada masa tu kc saya buat endah tak endah je saya
cakap dengan dia mungkin ada pelajar dekat yang lain belum balik.


Tiba-tiba Kc apabila jam mendekati 2.00 pagi barulah saya terasa
sesuatu yang tak sedap didengar.Saya tanya kawan saya sorang lagi 


"eh kau dengar tak?aku rasa apa yang dicakap kawan kita sorang tu betullah
ada bunyi tapak kaki orang lari aihh seram sejuk nihh".Kawan saya
menjawab : "aku rasa apa yang kau cakap tu betullah".


Tiba-tiba, KC,secara tak semena-mena keluar bunyi suara wanita mengilai dengan
kuatnya seolah-olah berlari di atas dan menuju ke arah aras bawah
tempat kami tinggal.Suaranya sekejap menangis, sekejap gembira
,sekejap marah.Kami semua yang dalam ketakutan mengambil keputusan
berkumpul duduk di atas katil sambil memegang kitab masing-masing
smabil berdoa.Di dalam pada masa yang sama kelihatan seorang kelibat
wanita berambut panjang dan bersama anaknya berlari mengejar
sesuatu.


Bukan itu sahaja Kc benda itu juga mengetuk-ngetuk pintu kami
seolah-olah ingin masuk ke dalam.Kami menangis ketakutan sehinggalah
Jam menunjukkan jam 4.00 pagi warden asrama datang dan menyuruh kami
semua berkumpul dalam satu bilik agar lebih selamat dan jangan
berani-berani tinggal dalam bilik dengan beberapa orang
sahaja.Semenjak kejadian itu KC saya dan kawan-kawan saya tidak lagi
tinggal dalam angka yang sedikit.Kini saya masih menuntut di sekolah
itu .Banyak kisah misteri yang saya ingin ceritakan kepada kc dan
peminat setia misteri jam 12.


Terima Kasih, Ifah.

KISAH MISTERI RAKYAT MALAYSIA DI SINGAPURA

Saya Nasri atau boleh dipanggil Nas secara kebetulan tertegok rancangan MJ12 didalam saluran Youtube dan terus  meminatinya,sayaberasal dan tinggal Kuala Lumpur dan berkerja di sebuah Syarikat Singapura yg mempunyai cawangan di Kuala Lumpur.

Ceritanya saya selalu ke Singapura semenjak tahun 2010 dan boleh dikatakan dalam sebulan saya akan ke Singapura untuk beberapa hari untuk urusan tugas,HQ Syarikat saya ini bertapak di sekitar Tempines dan apabila ke Singapura saya akan meginap di staff house diBedok North,Cerita seram yang pertama kali berlaku dalam hidup saya bermula apabila pada awal March 2013 HQ saya berkerja telah berpindah ke TradeHub 21,Boon Lay Way.Saya sebagai wakil dari Malaysia diminta untuk menghadiri launching baru syarikat saya untuk selama 4 hari.Saya difahamkan saya akan tinggal di peginapan baru di Sherwood Tower,bersebelahan Bukit Timah Plaza,dan tidak akan tinggal lagi di Bedok North kerana diberitahu dari Bedok North hendak ke TradeHub21 jaraknya agak jauh sekitar 30KM untuk berulang menaiki public transport,kerana apabila ke sana saya selalu mengunakan public transport (Bus,Taxi,Mrt) atau berjalan kaki sahaja untuk kemana-mana.

Dijadikan cerita pada hari Ahad 16 March 2013 saya pun terbanglah ke Singapura dari KLIA kerana untuk menghadiri launching pada keesokan harinya,saya amek flight jam 8.00 malam dari KLIA kerana saya perlu untuk selesaikan beberapa urusan keluarga dulu ,yela nak tinggal 4 hari,so pastikan segala kelengkapan keluarga mencukupi masa ketiadaan saya,kebetulan isteri pun ada tugasan luar masa tu,so saya pun pergi ambil adik dan mak saya untuk menemani anak saya yg dua orang tu di rumah.
Saya sampai di Changi jam 9.15 malam,sementara tunggu beg,ambil taxi semua saya sampai di Sherwood Tower kira-kira jam 10.30 malam so apabila sampai,sorang rakan tugas saya tunggu di Bukit Timah Plaza dan memberikan saya semua keperluan seperti access door key,pass Mrt/Bus dan kad sim,so selepas dapat kunci saya naik berdasarkan alamat yang dibagi, Saya meginap di tingkat 7 rumah no apa saya tak berapa nak igat tapi 2 pintu kekiri lif,saya difahamkan oleh rakan tugas buat masa ni saya akan tinggal seorang diri di rumah tersebut kerana mereka sibuk megemas barang untuk bepindah dari Bedok ke Sherwood,Masuk rumah tu memang besar dengan fully furnish,dah macam service apartment nya konsep.

Apa yang nak saya ceritakan bukan kejadian yang berlaku di Sherwood Tower atau di dalam rumah saya meginap tapi..

Setelah sampai atas saya pun keluarkan barang dari beg mandi bersihkan diri,perut pun terasa lapar ,rokok pun dah habis,nak keluar saya tak familliar dengan jalan-jalan sekitar,kalau sebelah Bedok/Tempines/EastCoast boleh saya tahu mana nak cari kedai makan,7-11 dan sebagainya,so saya pun call rakan setugas tanya mana nak cari makan so dia suggest boleh makan di Bukit Timah Food Centre tapi dia tak pasti sama ada situ ada Halal food or not,so dia cakap kalau tak da yg Halal dia suruh makan di sekitar Beauty World Plaza katanya situ ada banyak Kedai makan India Muslim (Kedai Mamaklah kot dalam hati saya cakap),so dia pun bagilah instruction by phone macamana hendak ke sana,dia kata just walking distance not more then 1km walking.

So dalam jam 11.45 malam saya pun turun dari lif,dan lalu shortcut seperti arahan kawan tu,kalau KC perasan shortcut dari tower saya akan lalu bawah Anak Bukit dan PIE punya fly over,dan lalu dalam taman  dan akan keluar betul-betul di hadapan Shell Upper Bukit Timah Rd,dalam hati saya cakap sunyi nya jalan ni dan terasa seram sejuk,saya pun endahkan je,sampai Shell saya beli rokok dan jalan terus hingga ke Beauty World Plaza,akhirnya saya jumpa restoran mamak dan saya makan dan duduk merehatkan diri.

Sekali saya tengok jam eh dah pukul 2.00 pagi esok nak bagun pagi kerana jam 8.30 pagi saya kena berada di HQ untuk launching,saya pun bergegas bayar bil dan berjalan megikut jalan saya datang tadi,so masa nak jalan balik masa saya jalan melintasi taman tu saya trperasan ada seorang perempuan jalan sorang pkai baju putih di laluan jalan kaki di taman tu,saya pun kata berani perempuan ni jalan sorang,saya pun ikut belakang dia,dan yg saya pelik bila saya keluarkan rokok dan saya nak fokus 
bakar rokok tak sampai sepuluh saat saya terkejut kerana perempuan tu dah hilang depan saya,jarak tak sampai 20 meter pun,saya pun eh takkan dia leh hilang cam tu je,saya mula tak sedap hati dan saya kata mungkin dia berjalan laju kot dan bila saya jalan bawah fly over saya dengar seperti org jalan kat belakang,dalam hati saya dah tak sedap macam mana boleh ada orang kat belakang,masa sampai bawah ni aku sorang je yg lalu, so saya jalan cepat sampai ke sercurity di tower,Pak Guard tu cakap "resident without key please register name at check book",saya pusing belakang tak da orang so saya cakap kat Pak Guard saya ada kunci dengan sapa Pak Guard  tu cakap dia kata dia bercakap dengan saya,igat saya nak bawa visiter naik, just now a "lady is beside you tough you know her",saya pun cakap ngan Sercurity tu jangan cakap megarut malam-malam ni,tapi dalam hati KC Ya Allah masa tu takut yang sangat-sangat,saya dah tak tau nak buat apa,nak nak kena naik rumah nak tidur mata pun dah megantuk badan pun dah letih,so masuk rumah saya terus masuk bilik kunci pintu dan mula nak tidur,masa mula nak tidur saya dengar door bell ditekan berulang kali,kerusi ditarik,dan saya pun taw dalam rumah tu saya seorang diri dan ada benda yg megikut saya balik,saya takut sampai tertidur,dalam keadaan saya tertidur tu saya terasa seperi ada orang tarik kaki dan kejutkan saya,saya pun pusing badan dan buka mata sekali saya megucap panjang KC saya nampak perempuan yg berjalan di taman tadi berada betul-betul di hujung katil saya dan merenung tajam ke saya,saya pun beristifar dan membaca ayat-ayat suci sambil tutup muka dengan bantal,takut punya pasal,saya sempat lihat jam dinding lebih kurang 4.30 pagi masa kejadian,muka makhluk tu saya tak nampak dengan jelas tapi tubuh badan dia saya lihat jelas berbaju putih kusam dan rambut panjang,setelah tu saya pun sangat takut dan tertidur,besok pagi saya call sorang kenalan dan cerita kejadian tersebut dia pun seorang pakar perubatan dari Kampung saya di Utara Malaysia dia kata rumah kau duduk tu tak ada benda cuma masa kau jalan malam tu maybe kau ada terlangkah or langgar tempat dia,so ambil air baca Selawat dan Ruqyah dan renjis dalam rumah,Alhamdullilah KC selepas buat apa yg diajar kenalan saya tu malam seterusnya tiada lagi ganguan tapi saya dah tak berani nak keluar malam untuk supper or beli rokok,balik dari tugasan terus bungkus makanan dan rokok siap-siap,itulah kisah seram pertama saya dalam hidup,maaf jika cerita ni agak panjang.


Terima Kasih, Nasri.