Saya Nasri atau boleh dipanggil Nas secara kebetulan tertegok rancangan MJ12 didalam saluran Youtube dan terus meminatinya,sayaberasal dan tinggal Kuala Lumpur dan berkerja di sebuah Syarikat Singapura yg mempunyai cawangan di Kuala Lumpur.
Ceritanya saya selalu ke Singapura semenjak tahun 2010 dan boleh dikatakan dalam sebulan saya akan ke Singapura untuk beberapa hari untuk urusan tugas,HQ Syarikat saya ini bertapak di sekitar Tempines dan apabila ke Singapura saya akan meginap di staff house diBedok North,Cerita seram yang pertama kali berlaku dalam hidup saya bermula apabila pada awal March 2013 HQ saya berkerja telah berpindah ke TradeHub 21,Boon Lay Way.Saya sebagai wakil dari Malaysia diminta untuk menghadiri launching baru syarikat saya untuk selama 4 hari.Saya difahamkan saya akan tinggal di peginapan baru di Sherwood Tower,bersebelahan Bukit Timah Plaza,dan tidak akan tinggal lagi di Bedok North kerana diberitahu dari Bedok North hendak ke TradeHub21 jaraknya agak jauh sekitar 30KM untuk berulang menaiki public transport,kerana apabila ke sana saya selalu mengunakan public transport (Bus,Taxi,Mrt) atau berjalan kaki sahaja untuk kemana-mana.
Dijadikan cerita pada hari Ahad 16 March 2013 saya pun terbanglah ke Singapura dari KLIA kerana untuk menghadiri launching pada keesokan harinya,saya amek flight jam 8.00 malam dari KLIA kerana saya perlu untuk selesaikan beberapa urusan keluarga dulu ,yela nak tinggal 4 hari,so pastikan segala kelengkapan keluarga mencukupi masa ketiadaan saya,kebetulan isteri pun ada tugasan luar masa tu,so saya pun pergi ambil adik dan mak saya untuk menemani anak saya yg dua orang tu di rumah.
Saya sampai di Changi jam 9.15 malam,sementara tunggu beg,ambil taxi semua saya sampai di Sherwood Tower kira-kira jam 10.30 malam so apabila sampai,sorang rakan tugas saya tunggu di Bukit Timah Plaza dan memberikan saya semua keperluan seperti access door key,pass Mrt/Bus dan kad sim,so selepas dapat kunci saya naik berdasarkan alamat yang dibagi, Saya meginap di tingkat 7 rumah no apa saya tak berapa nak igat tapi 2 pintu kekiri lif,saya difahamkan oleh rakan tugas buat masa ni saya akan tinggal seorang diri di rumah tersebut kerana mereka sibuk megemas barang untuk bepindah dari Bedok ke Sherwood,Masuk rumah tu memang besar dengan fully furnish,dah macam service apartment nya konsep.
Apa yang nak saya ceritakan bukan kejadian yang berlaku di Sherwood Tower atau di dalam rumah saya meginap tapi..
Setelah sampai atas saya pun keluarkan barang dari beg mandi bersihkan diri,perut pun terasa lapar ,rokok pun dah habis,nak keluar saya tak familliar dengan jalan-jalan sekitar,kalau sebelah Bedok/Tempines/EastCoast boleh saya tahu mana nak cari kedai makan,7-11 dan sebagainya,so saya pun call rakan setugas tanya mana nak cari makan so dia suggest boleh makan di Bukit Timah Food Centre tapi dia tak pasti sama ada situ ada Halal food or not,so dia cakap kalau tak da yg Halal dia suruh makan di sekitar Beauty World Plaza katanya situ ada banyak Kedai makan India Muslim (Kedai Mamaklah kot dalam hati saya cakap),so dia pun bagilah instruction by phone macamana hendak ke sana,dia kata just walking distance not more then 1km walking.
So dalam jam 11.45 malam saya pun turun dari lif,dan lalu shortcut seperti arahan kawan tu,kalau KC perasan shortcut dari tower saya akan lalu bawah Anak Bukit dan PIE punya fly over,dan lalu dalam taman dan akan keluar betul-betul di hadapan Shell Upper Bukit Timah Rd,dalam hati saya cakap sunyi nya jalan ni dan terasa seram sejuk,saya pun endahkan je,sampai Shell saya beli rokok dan jalan terus hingga ke Beauty World Plaza,akhirnya saya jumpa restoran mamak dan saya makan dan duduk merehatkan diri.
Sekali saya tengok jam eh dah pukul 2.00 pagi esok nak bagun pagi kerana jam 8.30 pagi saya kena berada di HQ untuk launching,saya pun bergegas bayar bil dan berjalan megikut jalan saya datang tadi,so masa nak jalan balik masa saya jalan melintasi taman tu saya trperasan ada seorang perempuan jalan sorang pkai baju putih di laluan jalan kaki di taman tu,saya pun kata berani perempuan ni jalan sorang,saya pun ikut belakang dia,dan yg saya pelik bila saya keluarkan rokok dan saya nak fokus
bakar rokok tak sampai sepuluh saat saya terkejut kerana perempuan tu dah hilang depan saya,jarak tak sampai 20 meter pun,saya pun eh takkan dia leh hilang cam tu je,saya mula tak sedap hati dan saya kata mungkin dia berjalan laju kot dan bila saya jalan bawah fly over saya dengar seperti org jalan kat belakang,dalam hati saya dah tak sedap macam mana boleh ada orang kat belakang,masa sampai bawah ni aku sorang je yg lalu, so saya jalan cepat sampai ke sercurity di tower,Pak Guard tu cakap "resident without key please register name at check book",saya pusing belakang tak da orang so saya cakap kat Pak Guard saya ada kunci dengan sapa Pak Guard tu cakap dia kata dia bercakap dengan saya,igat saya nak bawa visiter naik, just now a "lady is beside you tough you know her",saya pun cakap ngan Sercurity tu jangan cakap megarut malam-malam ni,tapi dalam hati KC Ya Allah masa tu takut yang sangat-sangat,saya dah tak tau nak buat apa,nak nak kena naik rumah nak tidur mata pun dah megantuk badan pun dah letih,so masuk rumah saya terus masuk bilik kunci pintu dan mula nak tidur,masa mula nak tidur saya dengar door bell ditekan berulang kali,kerusi ditarik,dan saya pun taw dalam rumah tu saya seorang diri dan ada benda yg megikut saya balik,saya takut sampai tertidur,dalam keadaan saya tertidur tu saya terasa seperi ada orang tarik kaki dan kejutkan saya,saya pun pusing badan dan buka mata sekali saya megucap panjang KC saya nampak perempuan yg berjalan di taman tadi berada betul-betul di hujung katil saya dan merenung tajam ke saya,saya pun beristifar dan membaca ayat-ayat suci sambil tutup muka dengan bantal,takut punya pasal,saya sempat lihat jam dinding lebih kurang 4.30 pagi masa kejadian,muka makhluk tu saya tak nampak dengan jelas tapi tubuh badan dia saya lihat jelas berbaju putih kusam dan rambut panjang,setelah tu saya pun sangat takut dan tertidur,besok pagi saya call sorang kenalan dan cerita kejadian tersebut dia pun seorang pakar perubatan dari Kampung saya di Utara Malaysia dia kata rumah kau duduk tu tak ada benda cuma masa kau jalan malam tu maybe kau ada terlangkah or langgar tempat dia,so ambil air baca Selawat dan Ruqyah dan renjis dalam rumah,Alhamdullilah KC selepas buat apa yg diajar kenalan saya tu malam seterusnya tiada lagi ganguan tapi saya dah tak berani nak keluar malam untuk supper or beli rokok,balik dari tugasan terus bungkus makanan dan rokok siap-siap,itulah kisah seram pertama saya dalam hidup,maaf jika cerita ni agak panjang.
Terima Kasih, Nasri.
Seram do..
ReplyDeleteseram betul kan
DeleteAlhamdulillah takde pape lagi.
ReplyDeleteseram kc
ReplyDelete♠♥🃏WAKANDA POKER🃏♦♣
ReplyDeleteAGEN POKER ONLINE INDONESIA AMAN DAN TERPERCAYA
DENGAN RATING KEMENANGAN DAN KESEMPATAN UNTUK MENDAPATKAN JACKPOT YANG TINGGI.
RATUSAN RIBU ORANG TELAH BERMAIN DI WEBSITE INI, BERANIKAH ANDA MENGALAHKANNYA?
DENGAN MINIMAL DEPOSIT 10.000 KALIAN SUDAH MEMAINKAN 7 PERMAINAN DALAM 1 AKUN YAITU
⏩TEXAS POKER
⏩DOMINO
⏩CEME
⏩CEME KELILING
⏩CAPSA SUSUN
⏩OMAHA
⏩SUPER 10
WAKANDA POKER JUGA MEMPUNYAI BANYAK PROMO BESAR SAAT INI:
💲BONUS DEPOSIT PERDANA
💲BONUS TURNOVER 0.3%
💲BONUS REFERRAL 10% SEUMUR HIDUP
💲BONUS JACKPOT TOTAL PULUHAN JUTA RUPIAH
KAMI JUGA AKAN MEMUDAHKAN ANDA UNTUK PEMBUATAN ID DENGAN REGISTRASI SECARA GRATIS MASIH ADA KELEBIHA LAINNYA :
✅MINILAM DP & WD SEBESAR HANYA Rp 10.000
✅NO SYSTEM ROBOT!!! 💯% PLAYER VS PLAYER
✅BISA DI AKSES VIA Android/IPhone/IPad
✅PROSES DP & WD YANG SANGAT CEPAT
✅PELAYANAN DENGAN CS PROFESIONAL & RAMAH 24 JAM